Thursday, October 6, 2016

Kopi, roti bakar dan hujan

Menikmati roti bakar bersama kopi pahit ketika hujan lebat sangat menyelerakan. Kopi kegemaranku, hitam pekat, pahit dan sedikit manis.
Roti bakar yang tersedia dibakar, dibakar lagi bersalut mentega. Memberi ilham meluah rasa.
Dan ketika langit menangis ini, marilah kita menadah tangan mengadu kepadaNya. Turunkan hujan yang bermanfaat. Semoga ada rezeki seperti limpahnya hujan rahmat ini. Dan ketika ini juga kemarahan terhadap Tentera Israel yang melampau menahan bot Zaytouna yang membawa misi Woman's Boat to Gaza. Tak tergambar kemarahan. Keselamatan Dr Fauziah dan rakan-rakan kita serah bulat-bulat pada Allah. Yang menjadi kemarahan adalah tentera Israel yang rasa diri mereka hebat fidi dunia ini, menyekat keamanan penduduk palestine. Menutup ruang bantuan kepada mereka. Apa PBB mampu lakukan? Apa Mesir mahukan? Semoga Allah melaknat mereka yang zalim ini!!
Semoga kita di sini mendoakan kesejahteraan penduduk Palestine semoga mereka tabah dan kuat menentang Zionis. Kepada Allah kami berserah! Ayuh...teruskan berdoa

Sunday, October 2, 2016

SALAM MAAL HIJRAH 1438H

Alhamdulillah. Bertemu lagi di lembaran tahun baru hijriah.
Membuka buku baru untuk kehidupan lebih baik sebagai bekalan untuk kehidupan seterusnya...
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan.

Oleh itu marilah berlapang dada dengan kemaafan.
Buang kebencian dan hasad dengki dan bersama menepis persepsi negatif.
Marilah kita bersama #rapatkansaf.

Tutup buka lama dengan taubat dan kemaafan.
Coretan ini adalah sebagai ingatan diri sendiri...
Sang pendosa yang kepingin ke syurga

Wallahu'alam


Tuesday, May 24, 2016

Hati Emas

Assalamualaikum. Lama sungguh tak menulis di blog sendiri.
Tugas penulis adalah menulis dan menulis kebaikan dan mengajak ke jalan Allah asalah satu dakwah dan jihad.
Jihad bukan hanya di medan perang tapi bermula dalam diri kita sendiri.
Pada saya, perjuangan peribadi saya adalah membentuk Hati Emas.

Semoga saya istiqamah.
Perjalanan kita di dunia adalah permulaan menuju alam Akhirat. Dan tempat inilah kita untuk menanam kebaikan. Cukuplah dosa dan noda kerana kita bukan sempurna..Allah menjadikan kita sangat-sangat sempurna. Kita sendiri yang gagal menjalani kehidupan ini sehingga ada yang terjatuh di dalam lembah dosa.

Sebenarnya, saya sangat ngeri melihat isu-isu keaiban yang dilontarkan sekarang. Malah ada yang menokok tambah menjadikannya isu yg seronok untuk disebarkan.
Dunia fitnah menjadi hati emas sukar dimengerti.
Ya Allah, ampunilah aku.
Dan kepada mereka yang berdendam, terasa hati dan jengkel dengan saya,
Saya minta maaf.
Bukankah kemaafan dendam yang terindah?

Marilah sama-sama kita membentuk dan mencari Hati Emas
Wallahu'alam

Thursday, July 30, 2015

Raya!

assalamualaikum

salam Aidilfitri..

alhamdulillah ramai yang kembali kepada fitrah setelah berlabuhnya Ramadhan,.
tahun ni, raya best drpd tahun lepas

sehijau, semerah...kira berdondon-donlah..seronok dan beronok-ronok
ermm tak tergambar sampai mmg xde gambar nk dikongsikan

syukur sgt2 dgn anugerah Syawal ini
salam kemaafan, dan selamat hari raya pd yg sambut raya slps puasa enam.
wassalam

Wednesday, June 17, 2015

Ramadhan Kareem

Selamat menyambut dan menunaikan Ibadan di bulan Ramadhan yang penuh barakah ni...
ALHAMDULILLAH, pasti ramai yang dapat  terawih berjema'ah di surau atau masjid. Terawih hanya ada pada bulan Ramadhan tau!
Jujurnya, saya sangat teruja menyambut Ramadhan kali ini..oleh itu, saya minta maaf dan halalkan makan minum saya..
Semoga Ramadhan kali ini, lebih berkualiti dan ibadah kita diterima Allah

Jazakallah