Tuesday, May 24, 2016

Hati Emas

Assalamualaikum. Lama sungguh tak menulis di blog sendiri.
Tugas penulis adalah menulis dan menulis kebaikan dan mengajak ke jalan Allah asalah satu dakwah dan jihad.
Jihad bukan hanya di medan perang tapi bermula dalam diri kita sendiri.
Pada saya, perjuangan peribadi saya adalah membentuk Hati Emas.

Semoga saya istiqamah.
Perjalanan kita di dunia adalah permulaan menuju alam Akhirat. Dan tempat inilah kita untuk menanam kebaikan. Cukuplah dosa dan noda kerana kita bukan sempurna..Allah menjadikan kita sangat-sangat sempurna. Kita sendiri yang gagal menjalani kehidupan ini sehingga ada yang terjatuh di dalam lembah dosa.

Sebenarnya, saya sangat ngeri melihat isu-isu keaiban yang dilontarkan sekarang. Malah ada yang menokok tambah menjadikannya isu yg seronok untuk disebarkan.
Dunia fitnah menjadi hati emas sukar dimengerti.
Ya Allah, ampunilah aku.
Dan kepada mereka yang berdendam, terasa hati dan jengkel dengan saya,
Saya minta maaf.
Bukankah kemaafan dendam yang terindah?

Marilah sama-sama kita membentuk dan mencari Hati Emas
Wallahu'alam

Thursday, July 30, 2015

Raya!

assalamualaikum

salam Aidilfitri..

alhamdulillah ramai yang kembali kepada fitrah setelah berlabuhnya Ramadhan,.
tahun ni, raya best drpd tahun lepas

sehijau, semerah...kira berdondon-donlah..seronok dan beronok-ronok
ermm tak tergambar sampai mmg xde gambar nk dikongsikan

syukur sgt2 dgn anugerah Syawal ini
salam kemaafan, dan selamat hari raya pd yg sambut raya slps puasa enam.
wassalam

Wednesday, June 17, 2015

Ramadhan Kareem

Selamat menyambut dan menunaikan Ibadan di bulan Ramadhan yang penuh barakah ni...
ALHAMDULILLAH, pasti ramai yang dapat  terawih berjema'ah di surau atau masjid. Terawih hanya ada pada bulan Ramadhan tau!
Jujurnya, saya sangat teruja menyambut Ramadhan kali ini..oleh itu, saya minta maaf dan halalkan makan minum saya..
Semoga Ramadhan kali ini, lebih berkualiti dan ibadah kita diterima Allah

Jazakallah

Tuesday, March 10, 2015

Forgive and forget

Assalamualaikum...berapa ramai yang pernah rasa sakit hati....kemudian memaafkan dan melupakan kisah tersebut?
Mungkin mudah pada bicara tapi tidak pada perbuatan.
Sememangnya punca ketenangan hati adalah dengan mengingati Allah dan memaafkan kesalaham orang lain.. mungkin dengan cara ini juga orang lain lebih mudah memaafkan kita...kita bukan ma'sum..kita adalah insan...yang sering alpa dan membuat kesilapan yang barangkali terlupa mencederakan hati orang lain...

Tips untuk mendapat tidur yang lena adalah dengan memaafkan orang lain..
Tak percaya?

Cuba lakukan sekarang juga..

Mutiara kemaafan takkan terlihat dengan hati yang masih sakit...percayalah dan cubalah...
Ada 'cahaya' dan hikmah terselindung di sebalik kemaafan tersebut...

Saya minta maaf dan harap anda semua memaafkan saya..

Jazakallahu khairan khatira..

Wednesday, February 25, 2015

Lebih Baik

Assalamualaikum...
Kita selalu dikhabarkan setiap musibah yang melanda pastinya ada hikmah dan mendapat sesuatu yang lebih baik sekiranya kita bersabar dengan ujian dan dugaan itu....
Contohnya...kita putus tunang, sebabnya Allah nak temukan kita dengan seseorang yang jauh lagi baik.  Pastinya yang boleh membimbing kita ke Jannah...
Yup...sangat setuju dengan pengalaman sebegitu...apa saja sesuatu musibah atau kehilangan,Allah nak uji kemampuan hambaNya dan diberi ganjaran yang lebih baik.. kalau kita melihat orang lain, mungkin tercalit rasa cemburu dengan kemewahan dan kebahagian yang orang lain dapat san rasai...sedangkan jika kita memandang orang yang serba kekurangan..seharusnya kita akan realize betapa adilnya Allah sekiranya kita bersyukur...
Sebab tu tiada apa pun yang perlu disedihkan, sebab Allah sentiasa ada...meminta pada Allah dan memberi pada manusia..
Wallahu'alam